Sunday, 12 August 2012

A special holiday

          Korang nak tahu apa ini "Special Holiday"? Cuti yang diberi UiTM sempena Cuti Hari Gawai dan Pesta Menuai. Sebenarnya, walaupun cuti seminggu, projek bagi student UiTM tak pernah nak cuti. Termasuklah saya. Tapi saya nak balik Labuan juga semata-mata Atok dan family belah ibu saya datang ke Labuan buat kali pertama mereka. Jadi, saya pun nak merasa gak hari-hari bersama mereka an. heeee ^^ Kami semua balik pada hari yang sama, tapi jam ja nda sama ni. Dorang pagi, dan saya pula belah petang. So, my mom and I wanted to make a surprise for them. ^^

          Tempat pertama yang kitaorang pergi ialah Pancur Hitam.Tempat ni ramai je orang bersantai minum ABC, air kelapa, makan pisang goreng...kat tepi gerai-gerai tu pun ada pantai dan taman permainan untuk kanank-kanak. Tempat exercise pun ada. Habis ja makan, kitaorang semua ber'exercise'. Lawak ja tengok ayah, pakcik, cousins, my mom, aunty exercise. Sy pun main gak. Ayah siap ambil video lagi, ingatkan gambar. Malu gila bila balik rumah, ayah tayangkan kat tv. Sume orang gelak sebab dalam video tu, saya sorg ja interframe?!!! Asyik-asyik terkejut ja bila nampak ayah nak ambil gambar. Aigoo.




          Esok-esoknya, dalam satu hari ja kami pergi ke, Labuan Seaport, Layang-layangan, Taman Damai, Taman Burung, Chimney and lastly, to the Lombong Arang. Penat gilerr.... di Labuan Seasport, ingatkan nak diving, main kayak, semua lah benda-benda sukan air ni. Tapi, lupa pula ni....Hari Gawai. haha! memang tak dapat la an nak main. Kesian diorang. huhuhu.



 



          Sebab tulah kitaorang semua pergi ke tempat-tempat seterusnya. Penat lah juga, satu hari berjalan an. Sebenarnya, semua tempat pun saya dah pernah pergi, kecuali Lombong Arang Batu. First time kot. Kitaorang main terjah je. Dahlah sunyi. Memang pengalaman pertama terjah tempat camtu. Very adventures! Saya, cousins saya 3orang, pakcik, makcik, ngan adik2 sy 3orang ja pergi ni. Sepanjang perjalanan, pakcik saya suruh semua orang baca ayat Qursi. Tapi adik saya yang sorang tu, tiba2 ja cakap, "Camne nak baca ayat Qursi ni?". Cousin saya menjawab, "Bacalah al-Fatihah, pastu ayat2 Kul 3kali.". Last2, adik saya baca, "alif, ba, ta.",, banyak2 kali. hahaha!

 




          Hurmm...nak akhir2 ni, dorang sume pakat nak beli cenderamata dr labuan. Atok sy lak nak belikan utk org kg. Banyaakkk. Tak terkira. Nasib baik boleh letak dlm luggage. Kalau tak, macam mana nak bawa semua barang2 tu. Hihi.

          Seminggu pun berakhir. Sy pun dah nak kena balik u. So, sy pakat nak balik dengan dorang. Heee. Tapi sedih masa nak tinggalkan ibu dengan ayah. Adik2 pun sama. Huhu. Sy tahan je air mata dari keluar depan semua org. Huuu :'( Lepas 'bye2' ibu, ayah ngan adik2, ktorg pun berangkat ke Kuala Lumpur. Hurmm... Esoknye, abang sepupu ngn kakak sepupu hantar sy balik Shah Alam. Atok mak ngan Atok Abah pun ikut. Lepas salam Atok mak, atok abah ngan sepupu, dorang lambaikan. Comel je tengok atok2 'bye2', tapi berat hati gak nak tinggalkan dorang. Sy pun lambaikan sampai lah dorang pergi. Huuu. Tapi inilah salah satu kenangan bersama dorang. Hihi. Lepas ni, giliran keluarga belah ayah lak datang Labuan. Tak sabar nak tunggu. Heee ;-)