Sunday 12 August 2012

A special holiday

          Korang nak tahu apa ini "Special Holiday"? Cuti yang diberi UiTM sempena Cuti Hari Gawai dan Pesta Menuai. Sebenarnya, walaupun cuti seminggu, projek bagi student UiTM tak pernah nak cuti. Termasuklah saya. Tapi saya nak balik Labuan juga semata-mata Atok dan family belah ibu saya datang ke Labuan buat kali pertama mereka. Jadi, saya pun nak merasa gak hari-hari bersama mereka an. heeee ^^ Kami semua balik pada hari yang sama, tapi jam ja nda sama ni. Dorang pagi, dan saya pula belah petang. So, my mom and I wanted to make a surprise for them. ^^

          Tempat pertama yang kitaorang pergi ialah Pancur Hitam.Tempat ni ramai je orang bersantai minum ABC, air kelapa, makan pisang goreng...kat tepi gerai-gerai tu pun ada pantai dan taman permainan untuk kanank-kanak. Tempat exercise pun ada. Habis ja makan, kitaorang semua ber'exercise'. Lawak ja tengok ayah, pakcik, cousins, my mom, aunty exercise. Sy pun main gak. Ayah siap ambil video lagi, ingatkan gambar. Malu gila bila balik rumah, ayah tayangkan kat tv. Sume orang gelak sebab dalam video tu, saya sorg ja interframe?!!! Asyik-asyik terkejut ja bila nampak ayah nak ambil gambar. Aigoo.




          Esok-esoknya, dalam satu hari ja kami pergi ke, Labuan Seaport, Layang-layangan, Taman Damai, Taman Burung, Chimney and lastly, to the Lombong Arang. Penat gilerr.... di Labuan Seasport, ingatkan nak diving, main kayak, semua lah benda-benda sukan air ni. Tapi, lupa pula ni....Hari Gawai. haha! memang tak dapat la an nak main. Kesian diorang. huhuhu.



 



          Sebab tulah kitaorang semua pergi ke tempat-tempat seterusnya. Penat lah juga, satu hari berjalan an. Sebenarnya, semua tempat pun saya dah pernah pergi, kecuali Lombong Arang Batu. First time kot. Kitaorang main terjah je. Dahlah sunyi. Memang pengalaman pertama terjah tempat camtu. Very adventures! Saya, cousins saya 3orang, pakcik, makcik, ngan adik2 sy 3orang ja pergi ni. Sepanjang perjalanan, pakcik saya suruh semua orang baca ayat Qursi. Tapi adik saya yang sorang tu, tiba2 ja cakap, "Camne nak baca ayat Qursi ni?". Cousin saya menjawab, "Bacalah al-Fatihah, pastu ayat2 Kul 3kali.". Last2, adik saya baca, "alif, ba, ta.",, banyak2 kali. hahaha!

 




          Hurmm...nak akhir2 ni, dorang sume pakat nak beli cenderamata dr labuan. Atok sy lak nak belikan utk org kg. Banyaakkk. Tak terkira. Nasib baik boleh letak dlm luggage. Kalau tak, macam mana nak bawa semua barang2 tu. Hihi.

          Seminggu pun berakhir. Sy pun dah nak kena balik u. So, sy pakat nak balik dengan dorang. Heee. Tapi sedih masa nak tinggalkan ibu dengan ayah. Adik2 pun sama. Huhu. Sy tahan je air mata dari keluar depan semua org. Huuu :'( Lepas 'bye2' ibu, ayah ngan adik2, ktorg pun berangkat ke Kuala Lumpur. Hurmm... Esoknye, abang sepupu ngn kakak sepupu hantar sy balik Shah Alam. Atok mak ngan Atok Abah pun ikut. Lepas salam Atok mak, atok abah ngan sepupu, dorang lambaikan. Comel je tengok atok2 'bye2', tapi berat hati gak nak tinggalkan dorang. Sy pun lambaikan sampai lah dorang pergi. Huuu. Tapi inilah salah satu kenangan bersama dorang. Hihi. Lepas ni, giliran keluarga belah ayah lak datang Labuan. Tak sabar nak tunggu. Heee ;-)

Saturday 31 December 2011

Thursday 8 September 2011

Kampungku Syurgaku XD

     Raya pertama kami di kampung belah ibu. Raya kat sini memang best sebab keluarga ibu memang ramai. Maklumlah, adik-beradik ibu pun sudah 12orang. heee.... Tak termasuk cucu-cicit atok. Raya ni merupakan raya pertama keluarga saya balik ke kampung setelah berpindah ke Labuan. Memang tak disangka-sangka, semua balik kampung nak jumpa kitaorang la kunun. wahhh!!!

     Tapi pagi2 raya lagi da kena  pergi rumah maksu saya, sebab dekat kampung air perigi tak cukup. Kekurangan air untuk jumlah keluarga yang ramai. Memang awal lah kitaorang mandi. Sampai je kampung balik, tidur lagi. hahaha... XD memang mengantuk,, sebab tidur lewat. Yalah,, lama tak jumpa dorang. Berbual jak kami. Semua orang pakai cantik2,, berselendang2,, berwarna-warni. Tapi, saya sorang je biasa2. Tak suka lah terlalu berhias2, nampak mewah sangat. haaaa


     Selepas para lelaki solat raya di masjid, kami semua bersalam-salaman. Saya tukang ambil gambar. Yang lawaknya, lepas sepupu2 saya ni bersalam-salaman dengan atok2 dan orang2 tua, semua beratur belakang saya. Apa entah ada kat belakang saya ni pun tak tahu. hahaha XD Lepas tu, kitaorang pun ambil gambar family. Memang r muka saya dalam gambar, cam terpaksa jak. hmmm....

 

     Anyway, about my little cheese tart.... tahu tak, punyalah saya dan mak saya berhati-hati membawa semua cheese tart saya dari Labuan ke Johor, tiba2 pula adik saya ni buat hal!!! Dia pergi jatuhkan!!! Nasib baiklah still boleh makan, cuma tak ada bentuk dah je. haisyhh.... Tapi orang kampung cakap, "Sedapnya!!! Siapa yang buat ni?? Zah (mak saya) buat??". Mak saya,, "Takdelah, Fatin yang buat". "Ha??!!! Fatin?? Cam tak caye je." Adeiyhh... Memang r, tak layak ke saya buat?? hmm... Takpelah, asalkan saya dah buat dengan hati yang ikhlas. hehehe. Lain kali, saya nak buat sesuatu yang dorang semua tak pernah imagine...

 

     Hari2 seterusnya,, kami sekeluarga besar pergi beraya di satu rumah ni. Taklah jauh sangat. Rupa2nya, dia adalah pengasuh adik-beradik ibu. Dulu, dengar cerita, memang susah nak cukupkan nasi bagi keluarga yang ramai. Terpaksalah mereka merantau di rumah jiran. Ha!! Dorang dah lama tak jumpa. Memang jejak kasih r kitaorang time tu. Sedih2 lah. Tapi saya ni takde perasaan sikit. Saya duduk terdiam je, buat muka innocent. hahaha. Tapi an, nenek tu dah duduk kat atas kerusi roda, dah tak boleh nampak kitaorang. Tangan pun meraba2 mencari tangan saya untuk bersalaman. Dia siap lagi cakap, "Maaf ye, nenek dah tak nampak. Tak boleh nak kenal." huuu...kesian.... By the way, it is the memorable days I've ever had during Eid Fitr!!! weee~~~ nice~~


Saturday 20 August 2011

Am Waiting...

Raya...raya... Memang semua orang menantikan ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Saya pula,, kalau ikutkan dengan perangai saya ni memang tak suka majlis-majlis keramaian camni. Saya suka yang private punya. hehehe ;p

     Sejak pindah Labuan ni, memang Eid Fitr je, mesti kami sekeluarga tak balik Johor. Hanya beraya di rumah, kawan-kawan. Kadang-kadang tu buat open-house gak. Dah 4tahun...cuma balik kampung pada Raya Korban je. hmmm...sunyi...tu yang best tu. Saudara-mara tak balik kampung pun jenguk kitaorang sebab memang jarang orang balik kampung pada Raya Korban. Kitaorang je balik.

     Tapi tahun ni, Aid Fitr di Johor sedang menantikan kehadiran kami sekeluarga. adeihhh...-_-" ramaiii.... Ingat lagi masa kecil-kecil dulu. Ada satu hari tu, saya nangis-nangis tak nak ambil gambar 1family. Sebab rasa poyo sangat. Asal lah ambil-ambil gambar ni. Tak suka!!! Sampaikan 1gambar saya pun takde kat foto hari raya dorang. hahaha XD Padahal waktu tu baru je umur 5tahun. Sekarang pun sama. Kalau ambil gambar je, mesti muka muram. haaa. Harap-harap tahun ni tak macam tu lagi. Xp

     Disebabkan tahun ni kitaorang baru je nak balik kampung setelah bertahun-tahun tak balik raya, dan disebabkan before ni saya kerja di bakery, mak saya ni suruh pula buat kuih untuk dibawa pulang. Kalau 1balang je takpe. Ni nak bagi dekat setiap keluarga saudara kami. Nak tahu tak berapa? hmmm. mesti tak nak an. Tak payah lah tahu -____-" Dan satu lagi, hampir-hampir pula nak suruh buat dekat balang besar. Aik??!!!! Mana boleh. Mahal tu kuih yang saya nak buat ni. haha. Nampak sangat tak ikhlas. Bukan ape. Sekarang ni, semua harga barang naik. So, kenalah jimat. haaaa. Alasan. Kedekut sebenarnya. XD~~

     Lepas tu, nak buat sampul duit raya lagi. First time ni dapat idea nak lukis dekat sampul tu. hihih. Nanti dah siap, baru saya upload gambar tu ye. Daaaa. p/s: esoklah baru buat kuih tu. sampul tu pun esok lah. padahal 1minggu je lagi nak balik. hmmm...busy...busy....hehehe <3


Heartstrings

My latest Korean drama....Heartstrings.hihi...


     FYI, drama ni baru sahaja dikeluarkan dari korea. Dan daripada informasi yang saya dapat dari page Heartstrings, saya dapat tengok drama ni sampai episode yang terakhir. Baru sahaja petang tadi saya habiskan tonton drama ni. Memang best. Kelakar dan romantic.


 


     Tapi yang memang tidak menyangkakan saya, drama ni hampir-hampir cerita pasal sesetengah kehidupan saya. Hubungan antara lelaki dan perempuan tu. Tak semua, tapi hampir sama. hmmm... Btw, the actors are very cute too and they're really match together. For those who recognize them, I think you will know which drama they have been working together too. heee. ^^, Noemul noemul chuwae <3



     Ah!! One more thing, their ending maybe is not the same with mine. ^^,v


Monday 8 August 2011

Semester Breaking Time

     Time cuti 2bulan ni lah masanya untuk mencari pengalaman. heee. Saya mencari pengalaman dalam pekerjaan. 28/6/2011 merupakan hari pertama saya bekerja. Tapi tak lama...sampai 8 Ramadhan jak saya kerja. Korang nak tahu apa pekerjaan yang saya pilih untuk isi masa lapang ni?? heee. Takkan korang taknak tahu an kalau da baca blog saya ni.

heee. shhhh.... opening bread... XD
     Ni hah,, bakery...belajar buat roti, tart dengan kek. Macam-macam kitaorang buat tau. Dulu, ingatkan orang yang pakar-pakar jak boleh buat,, rupa-rupanya kami pun boleh buat. Memang best buat roti ni,, dapat jumpa kawan-kawan sekolah,, dapat jugak jumpa kawan-kawan baru. Kawan-kawan yang sangat sporting. Yang tak bestnye tu, majikan yang tak berapa sporting. Majikan kitaorang ni, kitaorang panggil "Uncle", sebab anak sulung dia sama umur dengan saya. heee. Lelaki Chinese, comel pulak tu. hahaha.

 


     Majikan ni kadang-kadang tu baik, bagi makan,minum...tapi terlalu obses dengan kerja. Sampaikan sepatutnya kitaorang cuti pun, kadang-kadang tak bagi ni. huuu. dahlah penat, lepastu, panas lagi...sebab kalau nak buat roti ni, kenalah dekat tempat panas. Bagi rehat pulak, 1jam jak!!! Untuk makan dan solat. Manalah sempat. Semuanya terpaksa rushing ni. -_-"

 


     Nak tahu lagi tak masa mula-mula saya dengan kawan saya sorang ni cari kerja, kosong jak kedai ni. Rupa-rupanya takda pekerja langsung. Kitaorang rasa pelik sangat. Apa lagi, kalau dah 2orang jak, memang berlambak lah kerja kami. Kadang-kadang kerja overtime ni. huuu...penat sangat-sangat. Nasib baik lah kami ni tabah. Demi tujuan kami pada gaji,, kami teruskan. Kuatkan kami?? hahaha.

 


     Nasib baiklah seminggu lepas kami masuk, adalah jugak pekerja baru masuk. Alhamdulillah....tapi ramai pekerja tak tahan ni. Paling lama pun 2hari jak dorang bertahan. fuhhh.. gila tabah kami. wahahah. After few weeks, sorang lagi pekerja masuk. Kami ingatkan pekerja baru, tapi tak. Die dah 8bulan kerja, lepastu berhenti sekejap. Tapi tak lama tu, uncle panggil dia balik sebab tak cukup pekerja. Kami pun apa lagi, tanyalah dia kenapa kurang pekerja. Rupa-rupanya memang semua tak tahan dengan perangai Uncle. Uncle ni jenis suka jak arah-arah orang. Memanglah sepatutnya kami diarah, tapi arahan dia tu kadang-kadang tak kena ni. Kadang-kadang, dia janji lain, buatnya lain. huh

ada lagi pekerja lain,, tp xsempat nak tangkap sama2...huuu

     Agaklah...hari tu kan, saya pernah nak mintak Uncle keluar untuk solat. Before tu, dia da bagi makan pun  dekat kedai. Tapi dia macam tak bagi ni. Saya ni kalau bab-bab agama, memang tegas sikit. So, saya keluar jak ni walaupun dia buat-buat muka. Orang Buddha ni susah sikit. Dorang manalah ada sembahyang-sembahyang ikut masa semua ni. hmmm. Sorry ya, Uncle. heee

kulit tart untuk esoknya ^^,
     Macam-macam kitaorang buat hal tau sebab nak kena pecat. Tapi tak jadi ni. Semuanya Uncle tu terima. hahaha. Lawak ni bila terfikir balik. Memang selamba je kan. huuu... tulah, siapa suruh Uncle tu buat macam tu dekat kitaorang. Semua pekerja sepakat ni. Time dia takda ja, kitaorang mengumpat pasal dia. haaaa. Miss that moment very much. :'(

model la kunun.. kahkah... my sis <3
     Dan tiba-tiba ja terasa macam di syurga ni bila Uncle pegi KL selama 1minggu sampailah saya resign. heee. macam tahu jak rasa heaven tu macam mana kan. hahaha. 8/8/2011 merupakan hari terakhir saya bekerja. Hari-hari yang tinggal ni, I want to spend these time with my family at home, relax-relax before semester break ends. Baru ja mau ambil gambar sama dorang, Uncle dah balik. Terus saya lari ni, tak mahu jumpa Uncle lagi kan. hahaha. jahat betul. Adoiii -_-" Takpa...walaupun sudah banyak halangan yang saya terima time kerja ni, adalah juga ilmu yang saya perolehi. Arigatou wa Sayonara, Uncle and to all my friends there, who had helping me with my work ^^, will miss you guys...

     Ok!!! My real holiday's starting now. weeee~~ ;p