Monday, 8 August 2011

Semester Breaking Time

     Time cuti 2bulan ni lah masanya untuk mencari pengalaman. heee. Saya mencari pengalaman dalam pekerjaan. 28/6/2011 merupakan hari pertama saya bekerja. Tapi tak lama...sampai 8 Ramadhan jak saya kerja. Korang nak tahu apa pekerjaan yang saya pilih untuk isi masa lapang ni?? heee. Takkan korang taknak tahu an kalau da baca blog saya ni.

heee. shhhh.... opening bread... XD
     Ni hah,, bakery...belajar buat roti, tart dengan kek. Macam-macam kitaorang buat tau. Dulu, ingatkan orang yang pakar-pakar jak boleh buat,, rupa-rupanya kami pun boleh buat. Memang best buat roti ni,, dapat jumpa kawan-kawan sekolah,, dapat jugak jumpa kawan-kawan baru. Kawan-kawan yang sangat sporting. Yang tak bestnye tu, majikan yang tak berapa sporting. Majikan kitaorang ni, kitaorang panggil "Uncle", sebab anak sulung dia sama umur dengan saya. heee. Lelaki Chinese, comel pulak tu. hahaha.

 


     Majikan ni kadang-kadang tu baik, bagi makan,minum...tapi terlalu obses dengan kerja. Sampaikan sepatutnya kitaorang cuti pun, kadang-kadang tak bagi ni. huuu. dahlah penat, lepastu, panas lagi...sebab kalau nak buat roti ni, kenalah dekat tempat panas. Bagi rehat pulak, 1jam jak!!! Untuk makan dan solat. Manalah sempat. Semuanya terpaksa rushing ni. -_-"

 


     Nak tahu lagi tak masa mula-mula saya dengan kawan saya sorang ni cari kerja, kosong jak kedai ni. Rupa-rupanya takda pekerja langsung. Kitaorang rasa pelik sangat. Apa lagi, kalau dah 2orang jak, memang berlambak lah kerja kami. Kadang-kadang kerja overtime ni. huuu...penat sangat-sangat. Nasib baik lah kami ni tabah. Demi tujuan kami pada gaji,, kami teruskan. Kuatkan kami?? hahaha.

 


     Nasib baiklah seminggu lepas kami masuk, adalah jugak pekerja baru masuk. Alhamdulillah....tapi ramai pekerja tak tahan ni. Paling lama pun 2hari jak dorang bertahan. fuhhh.. gila tabah kami. wahahah. After few weeks, sorang lagi pekerja masuk. Kami ingatkan pekerja baru, tapi tak. Die dah 8bulan kerja, lepastu berhenti sekejap. Tapi tak lama tu, uncle panggil dia balik sebab tak cukup pekerja. Kami pun apa lagi, tanyalah dia kenapa kurang pekerja. Rupa-rupanya memang semua tak tahan dengan perangai Uncle. Uncle ni jenis suka jak arah-arah orang. Memanglah sepatutnya kami diarah, tapi arahan dia tu kadang-kadang tak kena ni. Kadang-kadang, dia janji lain, buatnya lain. huh

ada lagi pekerja lain,, tp xsempat nak tangkap sama2...huuu

     Agaklah...hari tu kan, saya pernah nak mintak Uncle keluar untuk solat. Before tu, dia da bagi makan pun  dekat kedai. Tapi dia macam tak bagi ni. Saya ni kalau bab-bab agama, memang tegas sikit. So, saya keluar jak ni walaupun dia buat-buat muka. Orang Buddha ni susah sikit. Dorang manalah ada sembahyang-sembahyang ikut masa semua ni. hmmm. Sorry ya, Uncle. heee

kulit tart untuk esoknya ^^,
     Macam-macam kitaorang buat hal tau sebab nak kena pecat. Tapi tak jadi ni. Semuanya Uncle tu terima. hahaha. Lawak ni bila terfikir balik. Memang selamba je kan. huuu... tulah, siapa suruh Uncle tu buat macam tu dekat kitaorang. Semua pekerja sepakat ni. Time dia takda ja, kitaorang mengumpat pasal dia. haaaa. Miss that moment very much. :'(

model la kunun.. kahkah... my sis <3
     Dan tiba-tiba ja terasa macam di syurga ni bila Uncle pegi KL selama 1minggu sampailah saya resign. heee. macam tahu jak rasa heaven tu macam mana kan. hahaha. 8/8/2011 merupakan hari terakhir saya bekerja. Hari-hari yang tinggal ni, I want to spend these time with my family at home, relax-relax before semester break ends. Baru ja mau ambil gambar sama dorang, Uncle dah balik. Terus saya lari ni, tak mahu jumpa Uncle lagi kan. hahaha. jahat betul. Adoiii -_-" Takpa...walaupun sudah banyak halangan yang saya terima time kerja ni, adalah juga ilmu yang saya perolehi. Arigatou wa Sayonara, Uncle and to all my friends there, who had helping me with my work ^^, will miss you guys...

     Ok!!! My real holiday's starting now. weeee~~ ;p