Raya...raya... Memang semua orang menantikan ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Saya pula,, kalau ikutkan dengan perangai saya ni memang tak suka majlis-majlis keramaian camni. Saya suka yang private punya. hehehe ;p
Sejak pindah Labuan ni, memang Eid Fitr je, mesti kami sekeluarga tak balik Johor. Hanya beraya di rumah, kawan-kawan. Kadang-kadang tu buat open-house gak. Dah 4tahun...cuma balik kampung pada Raya Korban je. hmmm...sunyi...tu yang best tu. Saudara-mara tak balik kampung pun jenguk kitaorang sebab memang jarang orang balik kampung pada Raya Korban. Kitaorang je balik.
Tapi tahun ni, Aid Fitr di Johor sedang menantikan kehadiran kami sekeluarga. adeihhh...-_-" ramaiii.... Ingat lagi masa kecil-kecil dulu. Ada satu hari tu, saya nangis-nangis tak nak ambil gambar 1family. Sebab rasa poyo sangat. Asal lah ambil-ambil gambar ni. Tak suka!!! Sampaikan 1gambar saya pun takde kat foto hari raya dorang. hahaha XD Padahal waktu tu baru je umur 5tahun. Sekarang pun sama. Kalau ambil gambar je, mesti muka muram. haaa. Harap-harap tahun ni tak macam tu lagi. Xp
Disebabkan tahun ni kitaorang baru je nak balik kampung setelah bertahun-tahun tak balik raya, dan disebabkan before ni saya kerja di bakery, mak saya ni suruh pula buat kuih untuk dibawa pulang. Kalau 1balang je takpe. Ni nak bagi dekat setiap keluarga saudara kami. Nak tahu tak berapa? hmmm. mesti tak nak an. Tak payah lah tahu -____-" Dan satu lagi, hampir-hampir pula nak suruh buat dekat balang besar. Aik??!!!! Mana boleh. Mahal tu kuih yang saya nak buat ni. haha. Nampak sangat tak ikhlas. Bukan ape. Sekarang ni, semua harga barang naik. So, kenalah jimat. haaaa. Alasan. Kedekut sebenarnya. XD~~
Lepas tu, nak buat sampul duit raya lagi. First time ni dapat idea nak lukis dekat sampul tu. hihih. Nanti dah siap, baru saya upload gambar tu ye. Daaaa. p/s: esoklah baru buat kuih tu. sampul tu pun esok lah. padahal 1minggu je lagi nak balik. hmmm...busy...busy....hehehe <3
Saturday, 20 August 2011
Heartstrings
My latest Korean drama....Heartstrings.hihi...
FYI, drama ni baru sahaja dikeluarkan dari korea. Dan daripada informasi yang saya dapat dari page Heartstrings, saya dapat tengok drama ni sampai episode yang terakhir. Baru sahaja petang tadi saya habiskan tonton drama ni. Memang best. Kelakar dan romantic.
Tapi yang memang tidak menyangkakan saya, drama ni hampir-hampir cerita pasal sesetengah kehidupan saya. Hubungan antara lelaki dan perempuan tu. Tak semua, tapi hampir sama. hmmm... Btw, the actors are very cute too and they're really match together. For those who recognize them, I think you will know which drama they have been working together too. heee. ^^, Noemul noemul chuwae <3
Ah!! One more thing, their ending maybe is not the same with mine. ^^,v
Monday, 8 August 2011
Semester Breaking Time
Time cuti 2bulan ni lah masanya untuk mencari pengalaman. heee. Saya mencari pengalaman dalam pekerjaan. 28/6/2011 merupakan hari pertama saya bekerja. Tapi tak lama...sampai 8 Ramadhan jak saya kerja. Korang nak tahu apa pekerjaan yang saya pilih untuk isi masa lapang ni?? heee. Takkan korang taknak tahu an kalau da baca blog saya ni.
Ni hah,, bakery...belajar buat roti, tart dengan kek. Macam-macam kitaorang buat tau. Dulu, ingatkan orang yang pakar-pakar jak boleh buat,, rupa-rupanya kami pun boleh buat. Memang best buat roti ni,, dapat jumpa kawan-kawan sekolah,, dapat jugak jumpa kawan-kawan baru. Kawan-kawan yang sangat sporting. Yang tak bestnye tu, majikan yang tak berapa sporting. Majikan kitaorang ni, kitaorang panggil "Uncle", sebab anak sulung dia sama umur dengan saya. heee. Lelaki Chinese, comel pulak tu. hahaha.
Majikan ni kadang-kadang tu baik, bagi makan,minum...tapi terlalu obses dengan kerja. Sampaikan sepatutnya kitaorang cuti pun, kadang-kadang tak bagi ni. huuu. dahlah penat, lepastu, panas lagi...sebab kalau nak buat roti ni, kenalah dekat tempat panas. Bagi rehat pulak, 1jam jak!!! Untuk makan dan solat. Manalah sempat. Semuanya terpaksa rushing ni. -_-"
Nak tahu lagi tak masa mula-mula saya dengan kawan saya sorang ni cari kerja, kosong jak kedai ni. Rupa-rupanya takda pekerja langsung. Kitaorang rasa pelik sangat. Apa lagi, kalau dah 2orang jak, memang berlambak lah kerja kami. Kadang-kadang kerja overtime ni. huuu...penat sangat-sangat. Nasib baik lah kami ni tabah. Demi tujuan kami pada gaji,, kami teruskan. Kuatkan kami?? hahaha.
Nasib baiklah seminggu lepas kami masuk, adalah jugak pekerja baru masuk. Alhamdulillah....tapi ramai pekerja tak tahan ni. Paling lama pun 2hari jak dorang bertahan. fuhhh.. gila tabah kami. wahahah. After few weeks, sorang lagi pekerja masuk. Kami ingatkan pekerja baru, tapi tak. Die dah 8bulan kerja, lepastu berhenti sekejap. Tapi tak lama tu, uncle panggil dia balik sebab tak cukup pekerja. Kami pun apa lagi, tanyalah dia kenapa kurang pekerja. Rupa-rupanya memang semua tak tahan dengan perangai Uncle. Uncle ni jenis suka jak arah-arah orang. Memanglah sepatutnya kami diarah, tapi arahan dia tu kadang-kadang tak kena ni. Kadang-kadang, dia janji lain, buatnya lain. huh
Agaklah...hari tu kan, saya pernah nak mintak Uncle keluar untuk solat. Before tu, dia da bagi makan pun dekat kedai. Tapi dia macam tak bagi ni. Saya ni kalau bab-bab agama, memang tegas sikit. So, saya keluar jak ni walaupun dia buat-buat muka. Orang Buddha ni susah sikit. Dorang manalah ada sembahyang-sembahyang ikut masa semua ni. hmmm. Sorry ya, Uncle. heee
Macam-macam kitaorang buat hal tau sebab nak kena pecat. Tapi tak jadi ni. Semuanya Uncle tu terima. hahaha. Lawak ni bila terfikir balik. Memang selamba je kan. huuu... tulah, siapa suruh Uncle tu buat macam tu dekat kitaorang. Semua pekerja sepakat ni. Time dia takda ja, kitaorang mengumpat pasal dia. haaaa. Miss that moment very much. :'(
Dan tiba-tiba ja terasa macam di syurga ni bila Uncle pegi KL selama 1minggu sampailah saya resign. heee. macam tahu jak rasa heaven tu macam mana kan. hahaha. 8/8/2011 merupakan hari terakhir saya bekerja. Hari-hari yang tinggal ni, I want to spend these time with my family at home, relax-relax before semester break ends. Baru ja mau ambil gambar sama dorang, Uncle dah balik. Terus saya lari ni, tak mahu jumpa Uncle lagi kan. hahaha. jahat betul. Adoiii -_-" Takpa...walaupun sudah banyak halangan yang saya terima time kerja ni, adalah juga ilmu yang saya perolehi. Arigatou wa Sayonara, Uncle and to all my friends there, who had helping me with my work ^^, will miss you guys...
Ok!!! My real holiday's starting now. weeee~~ ;p
![]() |
| heee. shhhh.... opening bread... XD |
Ni hah,, bakery...belajar buat roti, tart dengan kek. Macam-macam kitaorang buat tau. Dulu, ingatkan orang yang pakar-pakar jak boleh buat,, rupa-rupanya kami pun boleh buat. Memang best buat roti ni,, dapat jumpa kawan-kawan sekolah,, dapat jugak jumpa kawan-kawan baru. Kawan-kawan yang sangat sporting. Yang tak bestnye tu, majikan yang tak berapa sporting. Majikan kitaorang ni, kitaorang panggil "Uncle", sebab anak sulung dia sama umur dengan saya. heee. Lelaki Chinese, comel pulak tu. hahaha.Majikan ni kadang-kadang tu baik, bagi makan,minum...tapi terlalu obses dengan kerja. Sampaikan sepatutnya kitaorang cuti pun, kadang-kadang tak bagi ni. huuu. dahlah penat, lepastu, panas lagi...sebab kalau nak buat roti ni, kenalah dekat tempat panas. Bagi rehat pulak, 1jam jak!!! Untuk makan dan solat. Manalah sempat. Semuanya terpaksa rushing ni. -_-"
Nak tahu lagi tak masa mula-mula saya dengan kawan saya sorang ni cari kerja, kosong jak kedai ni. Rupa-rupanya takda pekerja langsung. Kitaorang rasa pelik sangat. Apa lagi, kalau dah 2orang jak, memang berlambak lah kerja kami. Kadang-kadang kerja overtime ni. huuu...penat sangat-sangat. Nasib baik lah kami ni tabah. Demi tujuan kami pada gaji,, kami teruskan. Kuatkan kami?? hahaha.
Nasib baiklah seminggu lepas kami masuk, adalah jugak pekerja baru masuk. Alhamdulillah....tapi ramai pekerja tak tahan ni. Paling lama pun 2hari jak dorang bertahan. fuhhh.. gila tabah kami. wahahah. After few weeks, sorang lagi pekerja masuk. Kami ingatkan pekerja baru, tapi tak. Die dah 8bulan kerja, lepastu berhenti sekejap. Tapi tak lama tu, uncle panggil dia balik sebab tak cukup pekerja. Kami pun apa lagi, tanyalah dia kenapa kurang pekerja. Rupa-rupanya memang semua tak tahan dengan perangai Uncle. Uncle ni jenis suka jak arah-arah orang. Memanglah sepatutnya kami diarah, tapi arahan dia tu kadang-kadang tak kena ni. Kadang-kadang, dia janji lain, buatnya lain. huh
![]() |
| ada lagi pekerja lain,, tp xsempat nak tangkap sama2...huuu |
![]() |
| kulit tart untuk esoknya ^^, |
![]() |
| model la kunun.. kahkah... my sis <3 |
Ok!!! My real holiday's starting now. weeee~~ ;p
Friday, 5 August 2011
Ramadhan... ^^,
hurmm... Ramadhan...bulan yang dinanti-nantikan para Muslim untuk menunaikannya. Bulan yang paling sesuai untuk Muslim mengumpul banyak pahala untuk dibekalkan di hari kiamat nanti. hihih. kali ini, saya menggunakan bahasa Melayu sebab ramai cakap b.Melayu saya da makin teruk. huuu...
Untuk pengetahuan semua, semenjak saya melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh dengan keluarga, inilah pertama kali saya berpuasa dan berbuka penuh selama 1bulan dengan keluarga. heee...nasib baik kementerian pelajaran bagi kami cuti selama 4bulan. bestnyeee... ^^,
Banyak pengalaman saya yang berlaku bila tibanya bulan puasa ni tau. Semenjak matrikulasi lagi. Memang tak boleh lupekan peristiwa itu. Tapi takpelah,, hanya orang yang betul-betul kenal saya je tahu peristiwa yang saya maksudkan itu. Bukan tak nak cite, tapi takut "orang" itu terbaca. huuu....lagipun, mau lupakan hal itu dah...
Pada tahun ini, inilah kali pertama saya berpuasa sambil bekerja. Memang mencabar sikit sebab tempat saya bekerja tu,, adalah bakery. Banyak roti, kek.... wahh...lepas tu, peti sejuk yang dipenuhi dengan minuman tin, air kotak...memang mencabar. Nasib baik saya minta dengan tauke bakery tu,, kerje sampai separuh hari je. heee... pandaikan saya,, lepas tu, gaji pun separuh lah. aiyoo -_-"" takpe-takpe...saya kerja ni pun sekadar ambil pengalaman je. Bole ba kalo saya..heee :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
















